Wednesday 14 December 2011

DEBAT HUDUD PAS YANG PANJANG part I 04

  • Adam Kamal marah nampak, saudara Ibnu Tarmizi yer..hehe..Isbir Ya Akhi..Innallaha maas soobirin..seperti saudara maksudkan dalam tulisan saudara, "justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas ummat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah , maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini."..maka jelaslah undang-undang konvensional tidak berat hukumannya seperti hukuman hudud..inilah 'ketidakadilan' namanya..Hudud mesti dilaksanakan untuk semua..ok.. :)
    pada 10hb Disember pukul 7.15 ptg · 
  • Ibnu Tarmizi Kata Tuan Guru Haji Hadi Awang, dalam Kitabnya,

    "kalau tidak ada bukti sedikit pun, tetapi pada hakikatnya penjenayah itu sungguh-sungguh bersalah dia menyembunyikan kesalahannya dan disembunyikan oleh Allah, menurut Islam dia akan dihukum di akhirat di mana hukumannya api neraka yang lebih berat daripada hudud dan takzir, bukan habis di dunia sahaja seperti menurut perhitungan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat tetapi sekiranya dalam perkara yang berhubung dengan hak Allah SWT kalau dia bertaubat dengan ikhlas memenuhi syaratnya nescaya Allah mengampuni dosanya, dan dalam perkara yang berhubung dengan hak manusia kalau dia tidak meminta halal di dunia nescaya dia akan dibicarakan di hadapan Allah dengan cara yang Maha Adil."
    pada 10hb Disember pukul 7.18 ptg ·  ·  1
  • Ibnu Tarmizi Baru baca ke bro?
    pada 10hb Disember pukul 7.19 ptg · 
  • Ibnu Tarmizi Tak marah pun. Cuma pelik. Dah panjang lebar tulisan ditulis. Tapi, balik2 soalan sama. Pelik jugak r..
    pada 10hb Disember pukul 7.23 ptg ·  ·  1
  • Arman Danial hukum hudud mmg ada nyatakan ttg hukuman potong tangan bg yg mencuri tetapi bukannya senang2 nk potong tgn dia ada hisab dan syarat2 yg membolehkan hukuman itu dilaksanakan. jgn sempitkan pemikiran kita dgn akal sahaja pergilah mendapatkan kepastian dn ilmu drpd ulamak agar lebih jelas pemahaman ttg hukum hudud ni. perlu diingat kita adalah hamba Allah membelakangkan hukumnya sama la seperti menolak ajarannya yg di bawa oleh Rasullullah S.A.W
    pada 10hb Disember pukul 7.23 ptg ·  ·  2
  • Adam Kamal saudara Ibnu Tarmizi, sebagai contoh, jenayah dilakukan bersama, jika saudara mencuri dan saudara dikenakan hukuman hudud, potong tangan manakala rakan saudara namanya sekian sekian bukan beragama Islam tidak dipotong tangan sebaliknya hanya kena penjara umpamanya 2 tahun..saudara rela tangan saudara dipotong? :)
    pada 10hb Disember pukul 7.34 ptg · 
  • Adam Kamal benar kata-kata Tuan Guru Haji Hadi Awang..namun ia melibatkan konteks orang Islam saja, bukan dalam konteks masyarakat majmuk.. :)
    pada 10hb Disember pukul 7.36 ptg · 
  • Muhammad Harith Alif Bila dah diajar puak UMNO supaya bencikan hukum Allah. Kalau tak suka hukum Allah p buat bumi sendiri tak malu ka dok bumi yg Allah cipta
    pada 10hb Disember pukul 7.39 ptg melalui mudah alih ·  ·  2
  • Muhammad Harith Alif Kpd org Islam semua yg melakukan kesalahan. Hukum hudud akan menghapuskan dosa anda diakhirat. Tapi hukum ciptaan manusia .........
    pada 10hb Disember pukul 7.41 ptg melalui mudah alih ·  ·  1
  • Muhammad Harith Alif Adam Kamal: Hati2 komen anda sila rujuk pakar kalau tak tau
    pada 10hb Disember pukul 7.42 ptg melalui mudah alih ·  ·  3
  • Ukhwah Muslimah bukan masyarakat majmuk yg menetukan keamanan negara..sistem pemerintahan islam...
    pada 10hb Disember pukul 7.48 ptg ·  ·  1
  • Fasriana Hashim so, jawapan smalam tak kasik gaks lg ke..?? bila komen lelebey karang dia cakap EMOSI.. :) kikikiki~~~~
    pada 10hb Disember pukul 7.51 ptg ·  ·  2
  • Adam Kamal eh, tuduh lagi..maaflah saudara Muhammad Harith Alif..saya menolak pendekatan hukuman hudud hanya untuk orang bukan Islam saja, manakala orang bukan Islam di Malaysia ini tidak dikenakan hukuman yang sama..ini adalah suatu kezaliman..ini adalah hukuman yang tidak adil..pandangan yang dilihat berbeza, saya dicop pula sebagai orang yang diajar oleh puak UMNO supaya bencikan hukum Allah..agak-agak la saudara kalau nak 'berpolitik' pun.. :)
    pada 10hb Disember pukul 7.52 ptg · 
  • NeNek Petani klu ikut otak adam kamal... keadilan itu akan ada bila pelaksanaan hudud dibuat pd semua yeee..... nmpknya kite kenelaa tggu semua org kat atas bumi ni masuk islam baru bole jlnkan hukum hudud..?? bijak2, smpi kiamat laa x jlnkan hukum hudud, klu mcm ni.. adoii
    pada 10hb Disember pukul 7.53 ptg ·  ·  3
  • Nur Mardhatillah tunggu..............kebangkitannya................
    pada 10hb Disember pukul 7.54 ptg ·  ·  1
  • Fasriana Hashim sy tahu, nenek pun tahu, ramai yg tahu.. adam kamal ke tak bape nak tahu.. kikikiki~~~~

No comments:

Post a Comment