Wednesday 14 December 2011

DEBAT HUDUD PAS YANG PANJANG 23

  • Kucing Degil Wan Asri ... suka seluruh malaysia murtad ... dia rasa dia akan masuk shurga kut... huhuhu ...
    4 jam yang lalu ·  ·  1
  • Kucing Degil ‎... yg mana duk malaysia jaga jaga.. ada org dah doa kan u all masuk murtad ..
    4 jam yang lalu · 
  • Abdul Rahman Wahab jangan menghukum menggunakan logik akal....ALLAH tau kita ni lemah...kita ni bodoh teramat bodoh...kita ni tak sempurna...jangan menghukum menggunakan logik akal....sebab ALLAH tau kita ni lemah,bodoh dan tak sempurna...maka dihantar NABI dan RASUL untuk bagi peringatan....

    "Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya."(SURAH YUNUS AYAT 47)

    diturunkan FIRMANNYA dari mulut2 NABI...RASULULLAH sendiri tak memandai nak hukum guna akal sendiri...segala yang telah ditetapkan ALLAH...maka itu yang dilaksanakan oleh RASULULLAH...
    maka siapa kita yang nak pertikai apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH dan RASULULLAH....siapa kita?

    sila rujuk pada kitab karangan SHEIKH SAID HAWWA yang bertajuk AL ISLAM...
    sila rujuk pada "20 perkara yang membatalkan syahadah"
    dan salah satunya adalah "berhukum dengan selain daripada hukum Allah"
    - antara perkara yang membatalkan syahadah adalah berhukum dengan hukum yang lain selain hukum ALLAH dalam perkara yang telah di NAS kan oleh ALLAH didalam AL QURAN dan SUNNAH RASULNYA

    ==> dalilnya...

    SURAH AL MAIDAH AYAT 44
    Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

    SURAH AN NUUR AYAT 47
    Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: “Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat”; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

    SURAH AN NISAA' AYAT 60
    Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

    ARW - saya tak kata sesiapa...cuma peringatan bersama...peringatan buat diri saya juga...

No comments:

Post a Comment